Showing posts with label Fakta Agama. Show all posts
Showing posts with label Fakta Agama. Show all posts





Menurut pandangan syariah, rembesan cecair atau lender dari vagina wnita atau dari dalam faraj keluar dari faraj mempunyai hokum yang khusus dalam hal-hal ibadat terutamanya solat, puasa dan wuduk. Terdapat pelbagai istilah dalam persoalan keputihan seperti sufrah, kudrah dan al- Qassah al- Baida’.

Namun demikian, adakah istilah-istilah tersebut membawa pengertian yang sama dan mengapa wujud istilah yang pelbagai? Adakah ia menjurus kepada masalah penyakit seperti keputihan?

NAJIS VS TIDAK NAJIS

Menurut Sheikh Ibn Uthaimin dalam al- Sharh al- Mumti’, jika keputihan itu berasal dari Rahim (uterus), ia dikategorikan bukan najis kerana apa- apa yang keluar dari Rahim bukanlah sesuatu najis. Tetapi, jika keluar dari saluran kencing (utera), ia dihukum najis.

Walau bagaimanapun, ia tetap membatalkan wuduk samada tempat kekuarnya dari Rahim mahupun saluran kencing. Justeru, seorang wanita tetap perlu memperbaharui farajnya.

Ini berbeza dengan pendapat pengarang kitab Hashiyah al-Jamal yang mneyebut bahawa punca masalah bagi cecair putih yang ciri-cirinya samar-samar antara mazi dan peluh ialah tempat keluarnya. Cecair putih itu dihukum najis apabila keluar dari tempat yang tidak wajib dibasuh (dalam Rahim). Dengan kata lain, ia dihukum najis apabila sudah keluar dari anggota zahir. Apabila sesuatu yang suci bersentuhan dengannya, maka ia juga menjadi najis (mutanajis).

SEBAB WUJUD KEPELBAGAIAN ISTILAH

Pada asalnya, sufrah, kudrah dan al- qassah al- baida’ merupakan lendiran bersifat normal, dirembes keluar dari dalam Rahim dan keluar dari vagina. Perlu diketahui, ketiga-tiganya bukanlah sejenis penyakit. Berbanding dengan keputihan, kita dapat fahami bahawa ia merupakan lebihan cecair yang keluar dan jelas menunjukkan ia abnormal yang boleh dikategorikan sebagai penyakit. Dalam kitab-kitab fiqah, ulama menggunakan istilah Rutubah merujuk kepada lembapan, tetapi orang awam memanggilnya keputihan.

Sebenarnya, sufrah, kudrah dan al- qassah al- baida’ merupakan peringkat-peringkat warna darah haid seorang wanita menjelang hari-hari sucinya bermula dari tempoh haid. Seperti yang dimaklumi setiap wanita, pada awalnya darah haid berwarna hitam dan akan beransur-ansur berubah warnanya kepada warna-warna cerah seperti kekuningan, kekeruhan dan akhir sekali berwarna putih atau kering sepenuhnya tanpa sebarang warna.

Jelasnya, istilah keputihan tepat digunakan apabila rembesan cecair keluar dalam jumlah yang banyak dan terdapat kriteria-kriteria khusus padanya dari segi warna, baud an kondisi vagina yang mengalami kegatalan.

SUFRAH ATAU KUDRAH ANTARA DUA HAID

Terdapat sesetengah wanita mengalami sufrah atau kudrah sebaik sahaja kering darah haid. Tiada al- qassah al- baida’ yang keluar, sebaliknya cecair sufrah dan kudrah ini keluar dari vagina kemudian ia berterusan sehinga hai bulan hadapan menjelma.

Apabila seseorang wanita itu berada dalam kondisi ini, maka dia sedang mengalami keputihan yang abnormal. Menurut pendapat sheikh ibn uthaimin, seorang ulama Saudi, memang terdapat sesetengah wanita melalui kondisi tersebut disebabkan masalah kesihatan (keputihan). Dalam fatwa beliau, apabila sudah kering darah haid seorang wanita itu, maka dia boleh mandi wajib dan mengerjakan ibadah seperti biasa. Wanita- wanita yang mengalami keadaan seperti ini dinasihatkan berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut demi kesihatan anda.

Tulisan: zizi azlinda mohd yusuf
Solusi isu no: 42


Tidak lama dahulu, ada yang mendakwa gambar-gambar muslimah bertudung telah discan dan diedit menjadi seperti sekeping gambar berbogel. Kemudian, paparan beserta bukti bergambar yang menampilkan foto muslimah dieksploitasi sehingga seakan-akan menampakkan susuk badan. Walaupun pada hakikatnya, mereka bertudung dan menutup aurat dengan sempurna, namum ia telah diedit melalui teknik super impose dan sinar-x untuk menampakka bahagian dalam. Dan kejadian ini berulang lagi.

MASLAHAH MUHAQQAH
Terdapat sebahagian muslimah berhujah bahawa gambar-gambar yang menutup aurat walaupun mungkin mendatangkan fitnah kepada lelaki yang melihat, tetapi ia berkemungkinan membuka jalan hidayah kepada ramai wanita lain yang menatap. Pada saya, itu hanyalah andaian semata-mata yang boleh sahaja menjadi sebaliknya, iaitu hanya seorang wanita sahaja yang beroleh hidayah berbanding lebih ramai lelaki yang terfitnah!

Dalam kata lain, ia hanya kebaikan atau faedah yang diandaikan sahaja, sedangkan terdapat kebaikan yang lebih diyakini yang bersumberkan daripada gesaan Allah:
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kami berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah dahulu. Dirikan solat, Tunaikan zakat dan taatilah Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu, wahai ahl- bait (isteri-isteri rasulullah) dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Surah al-Ahzab: 33
PENYAKIT 'AIN

Dalam memaparkan gambar muslimah, sewajarnya usaha mengehadkan penonjolan gambar tersebut dipandang sebagai satu langkah berhati-hatidan menutup jalan yang menuju kerosakan daripada diri muslimah itu sendiri agar dia terlindung daripada sebarang keburukan yang mungkin sahaja timbul kesan daripada banyak dan mudahnya gambar itu diperoleh. Dalam hal ini, satu kaedah fiqah menyebut:
menghilangkan kemudaratan itu lebih diutamakan daripada mengambil sebuah kebaikan.

Antara kemudharatan tersebut ialah penyakit 'Ain yang berpunca daripada tatapan mata. Bermula daripada kekaguman orang yang melihat, diikuti oleh jiwanya yang keji, lalu dia menggunakan mata itu untuk menyampaikan racun jiwanya kepada orang yang dipandangnya.

ROLE MODEL

Sungguh pun menampilkan foto-foto tersebut tidak haram, ia harus dalam agama selagi syarat-syarat penutupan aurat telah diikuti sebaiknya, namun tidak menampakkan satu keperluan yang mendesak untuk Muslimah meletakkan puluhan gambar untuk tatapan khalayak termasuk golongan pendakwah wanita atas nama keperluan dakwah.

Jika beralasankan sebagai role model, sekeping dua atau beberapa keping foto yang sopan (contoh: bersama keluarga, sahabat muslimah atau gambar yang melebihkan objek lain berbanding fokus kepada dirinya sendiri) sudah mencukupi untuk memenuhi tujuan tersebut dan bukan dengan membiarkan sahaja gambar-gambarnya berlegar tanpa had batasan.

Untuk mencari seorang role model berdasarkan kaca mata syariat tidaklah begitu sukar. Ia sebenarnya tidak memerlukan gambar seperti selebriti. Individu yang lebih baik penampilan dan pemakaiannya, maka mereka layak diangkat sebagai contoh ikutan walaupun Muslimah itu hanya seorang makcik tukang sapu. Ini bersesuaian dengan saranan Rasulullah agar melihat orang yang lebih rendah dalam urusan dunia, manakala untuk urusan agama dan akhirat, maka lihatlah kepada individu yang lebih tinggi amalan mereka.
Rasulullah bersabda:
"Lihatlah orang yang lebih rendah (kenikmatannya) daripadamu dan janganlah melihat kepada yang lebih banyak (kenikmatannya) daripadamu agar kamu tidak mencela nikmat yang Allah anugerahkan kepadamu."
~Riwayat Muslim dan Tirmizi~
GAMBAR KITA, TANGGUNGJAWAB KITA

Buat sahabat Muslimah, sesungguhnya kalian memiliki kecantikan sendiri. Ayahanda saya pernah berkata: 
"Ada mata, hidung, mulut, cukup kedua-dua telinga, maka cantiklah seseorang itu."
Oleh itu, tahanlah diri daripada meletakkan terlalu banyak gambar lebih-lebih lagi jika gambar itu dalam pose berisi jelingan manja taua senyuman "terlebih gula" yang mampu meluruhkan suka jejaka. Privasikan ia, atau langkah lebih baik, simpan sahaja untuk tatapan peribadi serta keluarga. Rasulullah bersabda:
"Perbandingan dunia dengan akhirat itu seperti salah seorang daripada kalian memasukkan jarinya di laut, kemudian perhatikan apa yang tersisa di jarinya ketika diangkat."
~riwayat Muslam dan Tirmizi~
 Hasil tulisan: NORASLINA JUSIN
SOLUSI ISU No: 42




✿~ Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah perempuan TIDAK MAHU MANDI setelah HAID DAN NIFAS juga kerana ia BERHIAS UNTUK LELAKI BUKAN SUAMINYA dan suka MENGUMPAT ORANG..

✿~ Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia MEMPERKENALKAN DIRINYA kepada orang asing, BERSOLEK dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain..

✿~ Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah AHLI PENGUMPAT DAN PENDUSTA..

✿~ Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka MEMBUAT FITNAH dan MEMBENCI SUAMINYA...

✿~ Perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang TIDAK MENUTUP RAMBUTNYA daripada BUKAN MAHRAMNYA..

✿~ Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk MEMAKI DAN MENYAKITI HATI SUAMINYA..

✿~ Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang MENYUSUKAN ANAK ORANG LAIN TANPA SUAMINYA..

✿~ Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang KELUAR DARI RUMAH TANPA IZIN SUAMINYA..

SUMBER

Nauzubillah.. Moga kita tak tergolong dalam golongan ni



1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.

2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.

5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.

7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.

8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.

9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.

11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.

12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.

14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu...




Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya.

Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.

Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.

Semuanya bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik.

Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya.

Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa. – ustaznoramin

SUMBER



Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. 

Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!
Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan teman lelaki di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Di Edit dari Sumber



Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 

"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."

"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."

"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"

"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"

"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"

"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"

"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"

"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"

"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"

"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"

"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

SUMBER


Sumber
Menurut dialog kartun atas ni, ulama masih khilaf untuk menentukan, samada bahagian bawah dagu itu, aurat atau pun tidak.. Oleh kerana ia khilaf, kita boleh memilih untuk beramal dengan slah satu. Iaitu:
samada, menganggap bahagian bawah dagu itu aurat dan perlu ditutup
atau
menganggap bahagian bawah dagu itu bukan aurat dan tidak mengapa jika tidak ditutup..
Jika masih was-was, kita boleh beramal dengan pilihan yang lebih baik.. Maksudnya, pilih yang lebih meyakinkan, iaitu, dengan menutup bahagian bawah dagu.. Menurut mufti Perlis, bahagian bawah dagu adalah aurat, dan wajib ditutup..
Selamat beramal..



"Jika isteri membantah suaminya yg hendak kahwin lain kerana mengetahui bahawa perbelanjaan setiap bulan pun tak memcukupi dan isteri juga turut membantu dalam perbelanjaan rumah, maka ia dibenarkan syarak. Namun membantah hukum syarak yg membenarkan lelaki kahwin lebih dari seorang maka telah syirik kpd Allah. Pernah terjadi iaitu kempen "satu suami satu isteri" yg jelas mengsesatkan."

kenapa si penulis ni cepat benar memberikan hukuman syirik? atau memang hukumannya sebegitu?

Jawapan saya (ustazah Fatimah Syarha):

Kalau kita bersandar kepada pendapat-pendapat individu, ada 1001 label dan hukuman yang melulu. Ustaz Zahazan yang soleh dan baik itupun tiba-tiba dimurtadkan orang baru-baru ni. Biasalah tu akhir zaman. Moga banyak pahala ustaz Zahazan:)

Baik kita merujuk terus para alim ulama daripada merujuk pandangan-pandangan yang tak jelas dalilnya. Bacalah buku CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN, Al-Qaradhawi. Cuba bandingkan FIKRAH JERNIH ketua ulama ni dengan mereka. Bagai bumi dengan pluto.

Tiada siapa pun di Malaysia ni menyeru agar DIHARAMKAN poligami termasuklah sister in Islam yang menganjurkan kempen tu. Banyak yang saya tak setuju dengan SIS tapi penuntut ilmu diajar untuk perhalusi sesuatu isu dengan detail bukan menolak total atas sebab 'label'. Itu sikap prejudis, tidak adil dan tidak objektif. Pesan Saidina Ali, lihatlah apa yang dikata bukan siapa yang berkata.

Lelaki nak kahwin lagi, jika ada keperluan dan yakin dengan keadilan silakan. Tiada siapa kata HARAM. Manakala, perempuan nak bercerai, demi kepentingan akhiratnya juga, silakan. Ini yang berlaku kepada Isteri Tsabit bin Qais dalam hadis riwayat Bukhari. Beliau minta cerai, tebus talaq, hanya kerana suaminya tak berapa hensem, tapi beliau risau nanti jadi isteri yang tak mensyukuri suami dan akhiratnya rosak, maka Nabi benarkan mereka bercerai.

Isu yang timbul ialah, bila isteri tak rela dimadukan, pantas saja dia disyirikkan oleh suaminya. Padahal itu fitrah. Harus hukumnya isteri benci dimadukan sebab Islam ajaran yang sangat dekat dengan fitrah manusia. Jika si isteri nak merelakan juga, HARUS baginya kerana boleh jadi dia bergantung nafkah sepenuhnya kepada suami. Maka, dalam situasinya iu, poligami lebih baik dari bercerai.

ADA SESETENGAH PIHAK, mahu mengongkong hak wanita agar TIADA HAK untuk bercerai dengan suaminya. Dilabelnya syiriklah, penentang hukum Allah dan macam2 lagi. Padahal, Islam tak memaksapun. Siapa nak silakan. Siapa tak rela, Islam MENGHARUSKAN wanita muslimahnya meletakkan syarat ta'liq pada peringkat awal pernikahan lagi (rujuk Wahbah Zuhaili, al-fiqhu al-islamiyy wa adillatuhu). 

Bahkan wanita muslimah berhak MEMULAKAN perceraian dalam soal ini dan dalam soal apa saja jika dia ada sebab, demi kepentingan akhiratnya. Perceraian itu mungkin lebih baik baginya daripada hidup dalam sebuah rumahtangga yang lebih mengumpul DOSA berbanding PAHALA. Optimis! Ada ramai lelaki dalam dunia ni yang lebih berpotensi untuk SETIA...;)(Rujuk lanjut bab perceraian dalam buku CIRI-CIRI UNGGUL MASYARAKAT ISLAM YANG KITA IDAMKAN).

SUMBER




Haid menurut bahasa ialah 'ASSAILAA' yang bermaksud 'mengalir'.
Haid menurut syara' pula ialah 'Darah yang keluar dari hujung rahim perempuan ketika sihat pada waktu tertentu.'

Dalil mengenai haid ini terdapat dalam al-Quran dengan firman Allah yang bermaksud:

 "Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah haid itu adalah satu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum meka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.  (Surah al-Baqarah: 222)

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:
"Inilah (haid) sesuatu yang telah disuratkan Allah atas anak-anak perempuan Adam. (HR Bukhari dan Muslim)

Umur wanita yang datang haid ialah sekitar 9 tahun. Jika seorang perempuan melihat darah sebelum usia 9 tahun dan lamanya darah yang keluar itu tidak melebihi dari 15 hari dan masa sucinya 15hari (umur 8 tahun 11 bulan 14 hari atau kurang), maka darah yang keluar itu adalah darah fasik (penyakit) bukan darah haid.

Perempuan yang meninggalkan solatnya dalam masa naqa' di mana masa datang haidnya terputus-putus maka wajib di atasnya mengqadakan solat selama waktu yang ditinggalkan.

Perkara yang ditegah (haram) semasa haid

- Solat
- Tawaf
- Sujud Tilawah
- Sujud Syukur
- Khutbah Jumaat
- Menyentuh al-Quran

dan diharamkan pula selain dari yang disebutkan tadi empat perkara lagi.

- Melintasi dalam masjid jika ditakuti darah akan menitik ke lantai untuk memelihara kesucian dari najis. Jika yakin perkara itu tidak berlaku, tidak diharakan melintasi dalam masjid tetapi, hukumnya makruh.

- Mandi atau tayamum kerana mengangkat hadas atau kerana ingin melakukan ibadah diharamkan kerana haid dan nifas.

- Puasa. Nabi bersabda:
" Tiadakah apabila perempuan haid tidak boleh solatdan tidak boleh berpuasa". (HR Bukhari dan Muslim)

Tetapi baginya wajib mengganti puasa. Namun solat tidak wajib diqadakan seperti yang diterangkan dalam hadis:
" Kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqada solat". (HR Muslim)

- Haram suami menalak isteri ketika sedang haid.

sumber



Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah.
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan; perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.


Jika anda perlu memilih antara pilihan ataupun kewajipan, apakah keputusan yang bakal anda buat?


  • Isu antara fesyen dan menutup aurat.
  1. Cara berpakaian wanita Islam yang terlalu ranggi dan mengikut peredaran zaman. Sehinggakan mereka berpakaian tetapi sebenarnya tanpa mereka sedar mereka bertelanjang.
  2. Ini menggambarkan seolah-olah mereka memandang kewajipan menutup aurat bukan satu perintah Allah SWT, tetapi hanya sebagai satu tuntutan semasa yang boleh tidak diambil kisah.
  3. Fesyen bertudung juga perlu diambil kira. Realiti wanita Islam pada zaman sekarang bertudung. Namun begitu, adakah mereka memahami menutup kepala sahaja atau rambut yang wajib ditutup?
  4. Adakah mereka yang bertudung itu atas dasar memahami hukum-hakam Islam atau akibat pengaruh daripada keluarga, kawan-kawan dan persekitaran?
  • Isu antara dakwah dan rumah tangga
  1. Antara dakwah dan rumahtangga mana yang lebih utama?
  2. Wajib dilaksanakan dan perlu seiring. Tapi, jika suami tidak izinkan, bagaimana? Jika taat pada suami, terabai amanah Allah. Tapi, jika teruskan dakwah, derhaka pula pada suami.
  3. Seandainya berlaku pertembungan pula, suami perlu isteri di sisi. Isteri pula ada aktiviti dakwah yang khusus, mana perlu pilih?
  4. Wanita solehah yang taat pada Allah wajib taat pada suami dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Namun, dalam urusan dakwah, keutamaan terhadap keluarga tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau menjadikan dakwah sebagai pilihan kedua atau sekadar aktiviti  di waktu lapang.
  • Isu antara cita-cita dan cinta
  1. Ada sebahagian muslimah kini yang mendambakan cinta dari cita-cita sehingga ada yang sanggup mengorbankan cita-cita hanya kerana cinta mereka. Adakah sepatutnya kita menjadikan cinta itu sebagai kewajipan dan cita-cita itu sebagai pilihan? Bagaimana pula dengan anda?
  2. Dalam aspek kekeluargaan, kerana cinta akan keluarga, isteri sanggup meninggalkan cita-cita dan kerjaya demi menguruskan anak-anak dan keluarga. Ia menjadikan keluarga sebagai kewajipan dan kerjaya sebagai pilihan. Lantaran, apabila berlaku pergolakan ruma tangga, isteri pula yang terpkasa menanggung beban kesusahan. Adakah ketika itu akan timbul rasa kesal kerana melepaskan kerjaya?
Oleh itu..

  • Apabila ia berkaitan dengan pilihan, letakkan keyakinan dalam diri bahawa soalnya yang penting bukan tentang pilihan kita, tapi kita ini pilihan Tuhan.
  • Kewajipan bukan satu pilihan tetapi ia satu kemestian yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang alasan. Kerana pilihan itu ialah bila mana ia tidak menyebabkan murka Tuhan, maka harus dilaksanakan. Tapi, andai melibatkan keputusan meninggalkan kewajipan, ia tidak dipanggil pilihan. Kerana kewajipan bukan suatu pilihan. Kewajipan itu adalah tuntutan. Ia tugas seorang hamba dalam melaksanakan hak seorang hamba kepada Tuhannya.

  • Beberapa perkara yang tidak wujud unsur pilihan.
  1. Solat lima waktu
  2. Tutup aurat
  3. Menjaga pergaulan
  4. Persaudaraan dalam Islam