Blog ini sekadar berkongsi perihal wanita muslim. kebanyakkan entry disalin semula dan dicatatkan sumber. Segala isi dalam blog ini bukan hak milik mutlak penulis. Oleh itu,pembaca digalakkan untuk berkongsi segala yang bermanfaat di dalam blog ini. Semoga kita semua dapat manfaat dari setiap maklumat yang dikongsikan.
Followers
My Blog List
-
Anugerah Terindah2 weeks ago
-
-
I CUT APPLE A PARENTING7 years ago
-
Ustazah rindu9 years ago
-


Aku hanyalah wanita biasa.


p/s: ALLAH TIDAK akan MENGECEWAKAN HAMBA-NYA, andai HAMBA-NYA itu mengikut SURUHAN-NYA :')

- Artikel iluvislam.com

Sangsi hati kian jauh menyisih

Bercakap berkenaan alam blogger, alam maya, ini bukanlah alam diskriminasi yang hanya dikuasai oleh lelaki. Tetapi wanita juga hakikatnya ramai yang berkecimpung di dalam medan ini. Bahkan, kemungkinan, wanita lebih ramai kerana biasanya mereka lebih mudah untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi rasa.
Tetapi persoalan yang ingin saya ketengahkan dalam artikel Blogger=Da’ie kali ini adalah:
Apakah kita ini semata-mata blogger wanita atau kita hakikatnya adalah blogger muslimah?
Adakah kita, sebagai seorang muslimah yang menjadikan blog sebagai medium penyampaian, benar-benar menggerakkan blog kita, menggerakkan penyampaian kita, agar memberikan penyampaian Islam yang sebenar? Atau kita sekadar menayangkan ‘kewanitaan’ kita kepada masyarakat semata-mata?
2. Taat kepada suami
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)
Jika anda perlu memilih antara pilihan ataupun kewajipan, apakah keputusan yang bakal anda buat?
- Isu antara fesyen dan menutup aurat.
- Cara berpakaian wanita Islam yang terlalu ranggi dan mengikut peredaran zaman. Sehinggakan mereka berpakaian tetapi sebenarnya tanpa mereka sedar mereka bertelanjang.
- Ini menggambarkan seolah-olah mereka memandang kewajipan menutup aurat bukan satu perintah Allah SWT, tetapi hanya sebagai satu tuntutan semasa yang boleh tidak diambil kisah.
- Fesyen bertudung juga perlu diambil kira. Realiti wanita Islam pada zaman sekarang bertudung. Namun begitu, adakah mereka memahami menutup kepala sahaja atau rambut yang wajib ditutup?
- Adakah mereka yang bertudung itu atas dasar memahami hukum-hakam Islam atau akibat pengaruh daripada keluarga, kawan-kawan dan persekitaran?
- Isu antara dakwah dan rumah tangga
- Antara dakwah dan rumahtangga mana yang lebih utama?
- Wajib dilaksanakan dan perlu seiring. Tapi, jika suami tidak izinkan, bagaimana? Jika taat pada suami, terabai amanah Allah. Tapi, jika teruskan dakwah, derhaka pula pada suami.
- Seandainya berlaku pertembungan pula, suami perlu isteri di sisi. Isteri pula ada aktiviti dakwah yang khusus, mana perlu pilih?
- Wanita solehah yang taat pada Allah wajib taat pada suami dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Namun, dalam urusan dakwah, keutamaan terhadap keluarga tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau menjadikan dakwah sebagai pilihan kedua atau sekadar aktiviti di waktu lapang.
- Isu antara cita-cita dan cinta
- Ada sebahagian muslimah kini yang mendambakan cinta dari cita-cita sehingga ada yang sanggup mengorbankan cita-cita hanya kerana cinta mereka. Adakah sepatutnya kita menjadikan cinta itu sebagai kewajipan dan cita-cita itu sebagai pilihan? Bagaimana pula dengan anda?
- Dalam aspek kekeluargaan, kerana cinta akan keluarga, isteri sanggup meninggalkan cita-cita dan kerjaya demi menguruskan anak-anak dan keluarga. Ia menjadikan keluarga sebagai kewajipan dan kerjaya sebagai pilihan. Lantaran, apabila berlaku pergolakan ruma tangga, isteri pula yang terpkasa menanggung beban kesusahan. Adakah ketika itu akan timbul rasa kesal kerana melepaskan kerjaya?
- Apabila ia berkaitan dengan pilihan, letakkan keyakinan dalam diri bahawa soalnya yang penting bukan tentang pilihan kita, tapi kita ini pilihan Tuhan.
- Kewajipan bukan satu pilihan tetapi ia satu kemestian yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang alasan. Kerana pilihan itu ialah bila mana ia tidak menyebabkan murka Tuhan, maka harus dilaksanakan. Tapi, andai melibatkan keputusan meninggalkan kewajipan, ia tidak dipanggil pilihan. Kerana kewajipan bukan suatu pilihan. Kewajipan itu adalah tuntutan. Ia tugas seorang hamba dalam melaksanakan hak seorang hamba kepada Tuhannya.
- Beberapa perkara yang tidak wujud unsur pilihan.
- Solat lima waktu
- Tutup aurat
- Menjaga pergaulan
- Persaudaraan dalam Islam





