Anugerah Terindah
2 weeks ago
Blog ini sekadar berkongsi perihal wanita muslim. kebanyakkan entry disalin semula dan dicatatkan sumber. Segala isi dalam blog ini bukan hak milik mutlak penulis. Oleh itu,pembaca digalakkan untuk berkongsi segala yang bermanfaat di dalam blog ini. Semoga kita semua dapat manfaat dari setiap maklumat yang dikongsikan.
Haid menurut bahasa ialah 'ASSAILAA' yang bermaksud 'mengalir'.
Haid menurut syara' pula ialah 'Darah yang keluar dari hujung rahim perempuan ketika sihat pada waktu tertentu.'
Dalil mengenai haid ini terdapat dalam al-Quran dengan firman Allah yang bermaksud:
"Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah haid itu adalah satu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum meka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. (Surah al-Baqarah: 222)
"Inilah (haid) sesuatu yang telah disuratkan Allah atas anak-anak perempuan Adam. (HR Bukhari dan Muslim)
" Tiadakah apabila perempuan haid tidak boleh solatdan tidak boleh berpuasa". (HR Bukhari dan Muslim)
" Kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqada solat". (HR Muslim)