Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Haid menurut bahasa ialah 'ASSAILAA' yang bermaksud 'mengalir'.
Haid menurut syara' pula ialah 'Darah yang keluar dari hujung rahim perempuan ketika sihat pada waktu tertentu.'

Dalil mengenai haid ini terdapat dalam al-Quran dengan firman Allah yang bermaksud:

 "Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah haid itu adalah satu kotoran. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid, dan janganlah kamu mendekati mereka sebelum meka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu.  (Surah al-Baqarah: 222)

Rasulullah SAW bersabda dengan maksud:
"Inilah (haid) sesuatu yang telah disuratkan Allah atas anak-anak perempuan Adam. (HR Bukhari dan Muslim)

Umur wanita yang datang haid ialah sekitar 9 tahun. Jika seorang perempuan melihat darah sebelum usia 9 tahun dan lamanya darah yang keluar itu tidak melebihi dari 15 hari dan masa sucinya 15hari (umur 8 tahun 11 bulan 14 hari atau kurang), maka darah yang keluar itu adalah darah fasik (penyakit) bukan darah haid.

Perempuan yang meninggalkan solatnya dalam masa naqa' di mana masa datang haidnya terputus-putus maka wajib di atasnya mengqadakan solat selama waktu yang ditinggalkan.

Perkara yang ditegah (haram) semasa haid

- Solat
- Tawaf
- Sujud Tilawah
- Sujud Syukur
- Khutbah Jumaat
- Menyentuh al-Quran

dan diharamkan pula selain dari yang disebutkan tadi empat perkara lagi.

- Melintasi dalam masjid jika ditakuti darah akan menitik ke lantai untuk memelihara kesucian dari najis. Jika yakin perkara itu tidak berlaku, tidak diharakan melintasi dalam masjid tetapi, hukumnya makruh.

- Mandi atau tayamum kerana mengangkat hadas atau kerana ingin melakukan ibadah diharamkan kerana haid dan nifas.

- Puasa. Nabi bersabda:
" Tiadakah apabila perempuan haid tidak boleh solatdan tidak boleh berpuasa". (HR Bukhari dan Muslim)

Tetapi baginya wajib mengganti puasa. Namun solat tidak wajib diqadakan seperti yang diterangkan dalam hadis:
" Kami diperintahkan mengqada puasa dan tidak diperintahkan mengqada solat". (HR Muslim)

- Haram suami menalak isteri ketika sedang haid.

sumber