Showing posts with label Aurat. Show all posts
Showing posts with label Aurat. Show all posts

Tidak lama dahulu, ada yang mendakwa gambar-gambar muslimah bertudung telah discan dan diedit menjadi seperti sekeping gambar berbogel. Kemudian, paparan beserta bukti bergambar yang menampilkan foto muslimah dieksploitasi sehingga seakan-akan menampakkan susuk badan. Walaupun pada hakikatnya, mereka bertudung dan menutup aurat dengan sempurna, namum ia telah diedit melalui teknik super impose dan sinar-x untuk menampakka bahagian dalam. Dan kejadian ini berulang lagi.

MASLAHAH MUHAQQAH
Terdapat sebahagian muslimah berhujah bahawa gambar-gambar yang menutup aurat walaupun mungkin mendatangkan fitnah kepada lelaki yang melihat, tetapi ia berkemungkinan membuka jalan hidayah kepada ramai wanita lain yang menatap. Pada saya, itu hanyalah andaian semata-mata yang boleh sahaja menjadi sebaliknya, iaitu hanya seorang wanita sahaja yang beroleh hidayah berbanding lebih ramai lelaki yang terfitnah!

Dalam kata lain, ia hanya kebaikan atau faedah yang diandaikan sahaja, sedangkan terdapat kebaikan yang lebih diyakini yang bersumberkan daripada gesaan Allah:
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kami berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah dahulu. Dirikan solat, Tunaikan zakat dan taatilah Allah dan rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa daripada kamu, wahai ahl- bait (isteri-isteri rasulullah) dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
Surah al-Ahzab: 33
PENYAKIT 'AIN

Dalam memaparkan gambar muslimah, sewajarnya usaha mengehadkan penonjolan gambar tersebut dipandang sebagai satu langkah berhati-hatidan menutup jalan yang menuju kerosakan daripada diri muslimah itu sendiri agar dia terlindung daripada sebarang keburukan yang mungkin sahaja timbul kesan daripada banyak dan mudahnya gambar itu diperoleh. Dalam hal ini, satu kaedah fiqah menyebut:
menghilangkan kemudaratan itu lebih diutamakan daripada mengambil sebuah kebaikan.

Antara kemudharatan tersebut ialah penyakit 'Ain yang berpunca daripada tatapan mata. Bermula daripada kekaguman orang yang melihat, diikuti oleh jiwanya yang keji, lalu dia menggunakan mata itu untuk menyampaikan racun jiwanya kepada orang yang dipandangnya.

ROLE MODEL

Sungguh pun menampilkan foto-foto tersebut tidak haram, ia harus dalam agama selagi syarat-syarat penutupan aurat telah diikuti sebaiknya, namun tidak menampakkan satu keperluan yang mendesak untuk Muslimah meletakkan puluhan gambar untuk tatapan khalayak termasuk golongan pendakwah wanita atas nama keperluan dakwah.

Jika beralasankan sebagai role model, sekeping dua atau beberapa keping foto yang sopan (contoh: bersama keluarga, sahabat muslimah atau gambar yang melebihkan objek lain berbanding fokus kepada dirinya sendiri) sudah mencukupi untuk memenuhi tujuan tersebut dan bukan dengan membiarkan sahaja gambar-gambarnya berlegar tanpa had batasan.

Untuk mencari seorang role model berdasarkan kaca mata syariat tidaklah begitu sukar. Ia sebenarnya tidak memerlukan gambar seperti selebriti. Individu yang lebih baik penampilan dan pemakaiannya, maka mereka layak diangkat sebagai contoh ikutan walaupun Muslimah itu hanya seorang makcik tukang sapu. Ini bersesuaian dengan saranan Rasulullah agar melihat orang yang lebih rendah dalam urusan dunia, manakala untuk urusan agama dan akhirat, maka lihatlah kepada individu yang lebih tinggi amalan mereka.
Rasulullah bersabda:
"Lihatlah orang yang lebih rendah (kenikmatannya) daripadamu dan janganlah melihat kepada yang lebih banyak (kenikmatannya) daripadamu agar kamu tidak mencela nikmat yang Allah anugerahkan kepadamu."
~Riwayat Muslim dan Tirmizi~
GAMBAR KITA, TANGGUNGJAWAB KITA

Buat sahabat Muslimah, sesungguhnya kalian memiliki kecantikan sendiri. Ayahanda saya pernah berkata: 
"Ada mata, hidung, mulut, cukup kedua-dua telinga, maka cantiklah seseorang itu."
Oleh itu, tahanlah diri daripada meletakkan terlalu banyak gambar lebih-lebih lagi jika gambar itu dalam pose berisi jelingan manja taua senyuman "terlebih gula" yang mampu meluruhkan suka jejaka. Privasikan ia, atau langkah lebih baik, simpan sahaja untuk tatapan peribadi serta keluarga. Rasulullah bersabda:
"Perbandingan dunia dengan akhirat itu seperti salah seorang daripada kalian memasukkan jarinya di laut, kemudian perhatikan apa yang tersisa di jarinya ketika diangkat."
~riwayat Muslam dan Tirmizi~
 Hasil tulisan: NORASLINA JUSIN
SOLUSI ISU No: 42



Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya.

Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi.

Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

“Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut.

Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya.

Semuanya bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik.

Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya.

Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa. – ustaznoramin

SUMBER



Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. 

Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!
Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan teman lelaki di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Di Edit dari Sumber



Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut.

Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori.

Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Jika syaitan gagal menggoda muslimah membuka AURATnya, maka ia akan ganti strategi untuk memakai HIJAB yang tidak sesuai dengan syariat ISLAM.

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung.

Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung.

Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga , padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

SUMBER 



Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka. 

"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."

"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak."

"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!"

"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!"

"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"

"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?"

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak sama rata antara jantina, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan.

Kaum lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"

Tunggu..!

Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Cuba renungi jawapan-jawapan di bawah.

"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan di rumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu?

Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi di kalangan orang, agaknya apa akan terjadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak?

Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut? Jangankan saya, tapi tok imam akan tercabut serbannya jika tengok awak hanya pakai seluar pendek!"

"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!"

"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu.

Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"

"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah... itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan, malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!"

"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain di dunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!"

"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya, dan menunaikan tanggungjawab kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"

Allah SWT; sebagai Zat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukum-Nya malah peraturan-Nya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

SUMBER


Sumber
Menurut dialog kartun atas ni, ulama masih khilaf untuk menentukan, samada bahagian bawah dagu itu, aurat atau pun tidak.. Oleh kerana ia khilaf, kita boleh memilih untuk beramal dengan slah satu. Iaitu:
samada, menganggap bahagian bawah dagu itu aurat dan perlu ditutup
atau
menganggap bahagian bawah dagu itu bukan aurat dan tidak mengapa jika tidak ditutup..
Jika masih was-was, kita boleh beramal dengan pilihan yang lebih baik.. Maksudnya, pilih yang lebih meyakinkan, iaitu, dengan menutup bahagian bawah dagu.. Menurut mufti Perlis, bahagian bawah dagu adalah aurat, dan wajib ditutup..
Selamat beramal..




... Bertudung labuh bukannya nak tunjuk "alim".. Tetapi sama seperti mereka yg masih mencari segenap cahaya ...

*Berubah semata-mata kerana Allah.. Allahumma Yassir Wala Tu'assir~ ^_^

COPIED
Jangan Lupa Like sekali




“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..” (2:286)

Allah perintah kita itu ini kerana Allah sayang pada kita, bukannya kerana Allah nak membebankan atau menyusahkan kita :)







Berfesyen asalkan tidak sehingga ber"Tabbaruj"..
Memakai tudung yang keterlaluan(juga tidak sempurna), berpakaian bewarna terang(menarik perhatian), berwangi-wangian dan solekkan adalah dikira sebagai sebahagian dari tabbaruj..
Iaitu pemakaian ini mampu menarik perhatian lelaki dengan SENGAJA






  • Mulakan dengan memakai stokin kaki dan sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.
  • Cari& sertailah kumpulan usrah yang benar. Yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat.
  • Perhebatkan langkah menyertau majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. Insyaallah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.
  • Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat-sahabat yang diyakini agamanya, kitab-kitab fardu ain, atau mendengar ceramah-ceramah online.
  • Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib.
  • apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakain sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah Lillahi Taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaik penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, t-shirt muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana t-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.
  • Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai tudung Turki/Mesir.
  • Setelah semakin selesa, mulalah memakai tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & mentupi punggung. sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun,agak renyah sebab penggunaan pin (kalau tudung jahit terus sarung je lagi mudah kan?)
  • Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqamah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlah dipermantapkan.
  • Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan rudung Turki/Mesir/bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. serta kurangkan pemakaian seluar serta menggantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang.


Fuhh!! Sekarang zaman dah moden, macam-macam ada. Tak ketinggalan jugak, fesyen Muslimah yang tak berapa nak sopan.. Habis? Nak panggil Muslimah lagi ke? Pandai-pa
ndailah menilai ye? Sekarang ni macam-macam ada.. Muslimah pun mesti nak bergaya jugak kan? Tapi, gaya tu menepati apa yang digariskan Islam ke? Herm..


Kebanyakkan yang ada di pasaran adalah jarang dan tidak menutupi dada..
Cara pemakaian yang agak menyusahkan
Didatangkan dengan pelbagai warna, dan corak yang menarik dan mampu menarik perhatian
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah Al-Ahzab:59)
Berdasarkan dalil di atas, perempuan beriman di suruh menutup aurat dengan melabuhkan pakaian supaya menutup seluruh tubuh.. Kenapa? Supaya mereka lebih dikenali sebagai perempuan yang baik-baik dan tidak akan diganggu.. Habis, perempuan yang tak tutup aurat ni bukan perempuan baik ke? Renung-renungkan..


Ramai muslimah hari ni pakai niqab kan? Alhamdulillah.. Di kampus pun camtu.. Tapi, pemakaian niqab jadi macam trend plak.. Bukan sebab kewajiban.. Tak kisah la apa niat mereka sekalipun.. Asalkan tutup aurat..


Tapi, ada satu perkara yang menjadi penyebab ketidakselesaan melihat mereka yang berniqab.. Sebahagian darinya tabarruj dalam menghias diri.. Terutama bahagian mata.. Alis mata yang ditebalkan, bulu mata yang dipanjangkan bedak ditebalkan supaya nampak putih dsb.. Kenapa? perlu ke macam tu? rasanya tak perlu.. sepatutnya, penutup muka tu menjadikan kita lebih kurang berhias.. Tapi, lain plak jadi..

Muslimah yang memakai niqab ni memang cantik.. semua orang hormat.. Tapi,




♥ Kerana Muslimah mampu berhijab dan menutup aurat tatkala wanita lain sibuk menelanjangkan diri mereka.. :(

♥ Kerana Muslimah sanggup menutup tubuh mereka yang bukan untuk dijadikan tontonan umum kerana mereka tahu kecantikan mereka milik zauj mereka sahaja.

♥ Kerana Muslimah sanggup memperjuangkan hak mereka berhijab tatkala dunia moden menganggap mereka kolot ! >_<

♥ Kerana Muslimah berani menegakkan Hukum Allah tatkala manusia lain sibuk dengan modenisasi BARAT!!

Jihad Fi Sabilillah ♥


1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur di zaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)





Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya.” (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu’tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

“Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan.”

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

“Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu.”

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

“Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat.”

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).
KESIMPULAN
  
Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. 

Firman Allah swt:“Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki.” (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:

“Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” 

Lalu Nabi saw menjawab:“Berhimpun pada hari sekian-sekian.”

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Dalam athar ada menyebut:

“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani ke hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.