Showing posts with label Fiqh Wanita. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Wanita. Show all posts



Menurut pandangan syariah, rembesan cecair atau lender dari vagina wnita atau dari dalam faraj keluar dari faraj mempunyai hokum yang khusus dalam hal-hal ibadat terutamanya solat, puasa dan wuduk. Terdapat pelbagai istilah dalam persoalan keputihan seperti sufrah, kudrah dan al- Qassah al- Baida’.

Namun demikian, adakah istilah-istilah tersebut membawa pengertian yang sama dan mengapa wujud istilah yang pelbagai? Adakah ia menjurus kepada masalah penyakit seperti keputihan?

NAJIS VS TIDAK NAJIS

Menurut Sheikh Ibn Uthaimin dalam al- Sharh al- Mumti’, jika keputihan itu berasal dari Rahim (uterus), ia dikategorikan bukan najis kerana apa- apa yang keluar dari Rahim bukanlah sesuatu najis. Tetapi, jika keluar dari saluran kencing (utera), ia dihukum najis.

Walau bagaimanapun, ia tetap membatalkan wuduk samada tempat kekuarnya dari Rahim mahupun saluran kencing. Justeru, seorang wanita tetap perlu memperbaharui farajnya.

Ini berbeza dengan pendapat pengarang kitab Hashiyah al-Jamal yang mneyebut bahawa punca masalah bagi cecair putih yang ciri-cirinya samar-samar antara mazi dan peluh ialah tempat keluarnya. Cecair putih itu dihukum najis apabila keluar dari tempat yang tidak wajib dibasuh (dalam Rahim). Dengan kata lain, ia dihukum najis apabila sudah keluar dari anggota zahir. Apabila sesuatu yang suci bersentuhan dengannya, maka ia juga menjadi najis (mutanajis).

SEBAB WUJUD KEPELBAGAIAN ISTILAH

Pada asalnya, sufrah, kudrah dan al- qassah al- baida’ merupakan lendiran bersifat normal, dirembes keluar dari dalam Rahim dan keluar dari vagina. Perlu diketahui, ketiga-tiganya bukanlah sejenis penyakit. Berbanding dengan keputihan, kita dapat fahami bahawa ia merupakan lebihan cecair yang keluar dan jelas menunjukkan ia abnormal yang boleh dikategorikan sebagai penyakit. Dalam kitab-kitab fiqah, ulama menggunakan istilah Rutubah merujuk kepada lembapan, tetapi orang awam memanggilnya keputihan.

Sebenarnya, sufrah, kudrah dan al- qassah al- baida’ merupakan peringkat-peringkat warna darah haid seorang wanita menjelang hari-hari sucinya bermula dari tempoh haid. Seperti yang dimaklumi setiap wanita, pada awalnya darah haid berwarna hitam dan akan beransur-ansur berubah warnanya kepada warna-warna cerah seperti kekuningan, kekeruhan dan akhir sekali berwarna putih atau kering sepenuhnya tanpa sebarang warna.

Jelasnya, istilah keputihan tepat digunakan apabila rembesan cecair keluar dalam jumlah yang banyak dan terdapat kriteria-kriteria khusus padanya dari segi warna, baud an kondisi vagina yang mengalami kegatalan.

SUFRAH ATAU KUDRAH ANTARA DUA HAID

Terdapat sesetengah wanita mengalami sufrah atau kudrah sebaik sahaja kering darah haid. Tiada al- qassah al- baida’ yang keluar, sebaliknya cecair sufrah dan kudrah ini keluar dari vagina kemudian ia berterusan sehinga hai bulan hadapan menjelma.

Apabila seseorang wanita itu berada dalam kondisi ini, maka dia sedang mengalami keputihan yang abnormal. Menurut pendapat sheikh ibn uthaimin, seorang ulama Saudi, memang terdapat sesetengah wanita melalui kondisi tersebut disebabkan masalah kesihatan (keputihan). Dalam fatwa beliau, apabila sudah kering darah haid seorang wanita itu, maka dia boleh mandi wajib dan mengerjakan ibadah seperti biasa. Wanita- wanita yang mengalami keadaan seperti ini dinasihatkan berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut demi kesihatan anda.

Tulisan: zizi azlinda mohd yusuf
Solusi isu no: 42