Jika anda perlu memilih antara pilihan ataupun kewajipan, apakah keputusan yang bakal anda buat?


  • Isu antara fesyen dan menutup aurat.
  1. Cara berpakaian wanita Islam yang terlalu ranggi dan mengikut peredaran zaman. Sehinggakan mereka berpakaian tetapi sebenarnya tanpa mereka sedar mereka bertelanjang.
  2. Ini menggambarkan seolah-olah mereka memandang kewajipan menutup aurat bukan satu perintah Allah SWT, tetapi hanya sebagai satu tuntutan semasa yang boleh tidak diambil kisah.
  3. Fesyen bertudung juga perlu diambil kira. Realiti wanita Islam pada zaman sekarang bertudung. Namun begitu, adakah mereka memahami menutup kepala sahaja atau rambut yang wajib ditutup?
  4. Adakah mereka yang bertudung itu atas dasar memahami hukum-hakam Islam atau akibat pengaruh daripada keluarga, kawan-kawan dan persekitaran?
  • Isu antara dakwah dan rumah tangga
  1. Antara dakwah dan rumahtangga mana yang lebih utama?
  2. Wajib dilaksanakan dan perlu seiring. Tapi, jika suami tidak izinkan, bagaimana? Jika taat pada suami, terabai amanah Allah. Tapi, jika teruskan dakwah, derhaka pula pada suami.
  3. Seandainya berlaku pertembungan pula, suami perlu isteri di sisi. Isteri pula ada aktiviti dakwah yang khusus, mana perlu pilih?
  4. Wanita solehah yang taat pada Allah wajib taat pada suami dan tidak boleh mengabaikan tanggungjawab menguruskan rumahtangga. Namun, dalam urusan dakwah, keutamaan terhadap keluarga tidak boleh dijadikan alasan untuk meninggalkan atau menjadikan dakwah sebagai pilihan kedua atau sekadar aktiviti  di waktu lapang.
  • Isu antara cita-cita dan cinta
  1. Ada sebahagian muslimah kini yang mendambakan cinta dari cita-cita sehingga ada yang sanggup mengorbankan cita-cita hanya kerana cinta mereka. Adakah sepatutnya kita menjadikan cinta itu sebagai kewajipan dan cita-cita itu sebagai pilihan? Bagaimana pula dengan anda?
  2. Dalam aspek kekeluargaan, kerana cinta akan keluarga, isteri sanggup meninggalkan cita-cita dan kerjaya demi menguruskan anak-anak dan keluarga. Ia menjadikan keluarga sebagai kewajipan dan kerjaya sebagai pilihan. Lantaran, apabila berlaku pergolakan ruma tangga, isteri pula yang terpkasa menanggung beban kesusahan. Adakah ketika itu akan timbul rasa kesal kerana melepaskan kerjaya?
Oleh itu..

  • Apabila ia berkaitan dengan pilihan, letakkan keyakinan dalam diri bahawa soalnya yang penting bukan tentang pilihan kita, tapi kita ini pilihan Tuhan.
  • Kewajipan bukan satu pilihan tetapi ia satu kemestian yang mesti dilaksanakan tanpa sebarang alasan. Kerana pilihan itu ialah bila mana ia tidak menyebabkan murka Tuhan, maka harus dilaksanakan. Tapi, andai melibatkan keputusan meninggalkan kewajipan, ia tidak dipanggil pilihan. Kerana kewajipan bukan suatu pilihan. Kewajipan itu adalah tuntutan. Ia tugas seorang hamba dalam melaksanakan hak seorang hamba kepada Tuhannya.

  • Beberapa perkara yang tidak wujud unsur pilihan.
  1. Solat lima waktu
  2. Tutup aurat
  3. Menjaga pergaulan
  4. Persaudaraan dalam Islam


0 mawar berduri to "Antara Pilihan dan Kewajipan Seorang Muslimah"