Showing posts with label Adab. Show all posts
Showing posts with label Adab. Show all posts


Sederhana di dalam amalan bertudung merangkumi aspek rekaan tudung yang dipakai dan cara memakai tudung tersebut.

Dahulu, wujud rekaan tudung yang dinamakan tudung bawal atau tudung biasa di Malaysia. Ramai Muslimah Malaysia dilihat memakai tudung sedemikian ke sana ke mari. Ia nampak biasa dan rekaannya sangat mudah, namun, wanita yang memakainya masih nampak feminin serta manis walaupun di dalam kesederhanaan.

Pada masa kini, wujud pelbagai jenis fesyen tudung terkini dengan rekaan yang semakin pelik dan rumit. Ada yang berlilit-lilit, berselendang, ber-awning, berpintu gerbang, bersanggul-sanggul dan diletakkan bermacam aksessori.

Tudung pelbagai fesyen sebegini mudah dibeli di merata tempat. Namun, adakah trend ini telah membuatkan kaum Muslimah di Malaysia benar-benar menghayati hikmah amalan bertudung itu ?

Jika syaitan gagal menggoda muslimah membuka AURATnya, maka ia akan ganti strategi untuk memakai HIJAB yang tidak sesuai dengan syariat ISLAM.

Obsesi terhadap fesyen tudung dan kemudian diikuti dengan amalan memperagakan fesyen tudung tersebut boleh menyesatkan kaum Muslimah Malaysia dari niat dan tujuan asal memakai tudung.

Perlu diingatkan, bahawa tujuan utama bertudung adalah untuk melindungi aurat dan mendapatkan pahala serta redha Allah, tetapi sebaliknya kini ramai Muslimah telah terdorong untuk bersikap menunjuk-nunjuk aset kecantikan mereka melalui amalan bertudung.

Pakar-pakar fesyen semasa pula telah meyakinkan mereka bahawa walau bertudung Muslimah masih boleh nampak funky, stylish, retro, cute dan juga seksi. Untuk tatapan siapakah penampilan ini semua ?

Betulkah kata orang bahawa segala keindahan hasil daripada inovasi fesyen ini sekadar untuk kepuasan diri pemakai sahaja ? Itu adalah mustahil. Sudah pasti, di dalam diri mereka lambat-laun akan timbul niat dan usaha mahu menunjuk-nunjuk kecantikan itu kepada orang luar yang akhirnya akan membawa mereka kepada Tabarruj.

Bila sudah Tabarruj, maka tiada lagi hikmah asal bertudung.

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:

(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);

(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga , padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian.”

SUMBER 




~* Ada orang tanya saya :
"Gambar awak tak ada pun di facebook.."
"Kenape letak gambar kepala tak ada? susah nak tengok.."
"Memang tak ada letak gambar awak ye?"
"Kenapa tak letak gambar di facebook?"

Jawapan saya :
Kerana saya wanita,
dan wanita mudah menimbulkan fitnah disebabkan dirinya sendiri.
Jadi kena jaga diri baik-baik.
Lagipun gambar saya mahal, bukan untuk tatapan ramai.
Makin banyak yang tengok, makin pudar kecantikan diri. :)
Dan sebagai seorang wanita, perlu ada sifat malu..malu posing-posing maut dan tunjuk pada semua orang.
Wanita yang beriman pasti tahu menjaga diri, hatta gambar sendiri. :)

Kalau saya tak jaga diri saya, siapa lagi nak jagakan? :)

p/s : muhasabah bersama :)



✿~ KETIKA MENCARI CALON : Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita..

✿~ KETIKA MELAMAR : Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis..

✿~ KETIKA AKAD NIKAH : Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah..

✿~ KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN : Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka..

✿~ KETIKA MALAM PERTAMA : Bersyukur dan bersabarlah, anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat..

SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA : Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri..

✿~ KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG : Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan..

✿~ KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100%..

✿~ KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK : Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%..

✿~ KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM : Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri..

✿~ KETIKA EKONOMI BERKEMBANG : Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita..

✿~ KETIKA ANDA ADALAH SUAMI : Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda..

✿~ KETIKA ANDA ADALAH ISTERI : Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan..



Wanita Solehah yang sejati menjauhkan diri dari memandang lelaki lain selain suaminya. Dia tidak akan merenung lelaki yang tidak ada kaitan dengannya (iaitu, bukan mahramnya) kerana taat kepada perintah Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala:

"Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya.."
[QS. An-Nur (24):31]

Dengan menahan diri dari memandang lelaki ajnabi (bukan mahram) dia mentaati perintah Allah Ta'ala dan memiliki sifat wanita mulia yang selalu menahan pandangan mata mereka. Ini merupakan keperibadian wanita Muslimah yang mulia, solehah dan suci sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran.

Firman Allah Ta'ala:

"Di dalam Syurga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahu pun jin sebelumnya.."
[QS. Ar-Rahman (55):56]

Rasulullah SAW bertanya pada Fatimah Az-Zahra ('alaihisallam),

"Apakah yang terbaik bagi wanita?"

Beliau menjawab,

"Iaitu, hendaknya ia tidak melihat kepada lelaki lain dan tidak dilihat lelaki lain"
[Bayt Al-Ahzan, Halaman 22]

Itulah wanita Solehah.. Atau, digelar sebagai muslimah.. Atau gelaran paling tinggi sekali, bidadari.. Siapa taknak digelar camtu kan?? Jom, kita Transform..




Ramai muslimah hari ni pakai niqab kan? Alhamdulillah.. Di kampus pun camtu.. Tapi, pemakaian niqab jadi macam trend plak.. Bukan sebab kewajiban.. Tak kisah la apa niat mereka sekalipun.. Asalkan tutup aurat..


Tapi, ada satu perkara yang menjadi penyebab ketidakselesaan melihat mereka yang berniqab.. Sebahagian darinya tabarruj dalam menghias diri.. Terutama bahagian mata.. Alis mata yang ditebalkan, bulu mata yang dipanjangkan bedak ditebalkan supaya nampak putih dsb.. Kenapa? perlu ke macam tu? rasanya tak perlu.. sepatutnya, penutup muka tu menjadikan kita lebih kurang berhias.. Tapi, lain plak jadi..

Muslimah yang memakai niqab ni memang cantik.. semua orang hormat.. Tapi,


Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dgn lelaki ajnabi. Tips2 ni telah dikongsi oleh seorang sahabat yg amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dgn mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka. Sama2 lah kita menjaga hati.

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh:



Didalam al-Quran disebut kisah dua anak Nabi Syuaib as dengan Nabi Musa as. Firman Allah swt:

“Salah seorang anak perempuan Nabi Syuaib as berjalan untuk menemui Nabi Musa dengan penuh rasa malu” (25 : al-Qasas)

Dalam tafsir Sofwatut Tafasir menyatakan anak perempuan Nabi Syuaib as datang sambil menutup mukanya dengan pakaiannya.

Anak Nabi Syuaib as ini datang berjumpa dengan Nabi Musa atas arahan ayahnya yang sudah uzur.

Pengajaran: Wanita yang mempunyai urusan dengan lelaki hendaklah berjumpa dengan penuh rasa malu dan adab yang tinggi.

MALUNYA WANITA DALAM SUNNAH

“Nabi saw tersangat malu lebih dari malunya anak dara yang berada disebalik tirainya.” (Hr Ahmad -sahih)

Dalam hadis menunjukkan kepada malunya seorang wanita terutama anak dara. Ia sepatutnya tidak mempamirkan diri kepada yang bukan mahramnya tanpa keperluan.

KISAH MALUNYA SEORANG WANITA

Seorang isteri telah mengemukakan aduan kepada qadi Mu’tadid Ali ar-Rayy tentang 500 dinar (wang mas) kahwin yang belum dibayar oleh suaminya. Wanita tadi membawa beberapa orang saksi yang menyokong dakwaannya. Si suami tidak mengakui dakwaan si isteri. Qadi pun menyuruh saksi-saksi untuk mengemukakan penyaksian mereka untuk menyokong dakwaan si isteri. Para saksi berkata:

“Wanita ini hendaklah memperlihatkan wajahnya supaya kami dapat pastikan dia lah wanita yang kami maksudkan.”

Si Qadi menerima permintaan para saksi dan menganggapnya itu hak saksi2. Wanita menolak untuk menunjukkan mukanya kerana malu. Si Qadi menyuruh wanita tadi untuk memperlihatkan wajahnya untuk meneruskan dakwaan tadi. Tiba2 si suami yang bersimpati dengan isterinya segera berkata:

“Tidak usah tunjukkan muka mu. Aku mengakui dakwaan mu itu.”

Si isteri terkesan dengan sikap suaminya lalu berkata:

“Aku menjadikan Allah sebagai saksi dan juga kamu semua bahawa aku halalkan semua mas kahwinku dunia dan akhirat.”

Pengajaran: Walaupun ditempat yang sepatutnya wanita tadi membuka purdahnya untuk mendapatkan haknya tetapi oleh kerana itu sifat malu yang tinggi menyebabkan dia sanggup mengorbankan 500 dinar (wang emas).
KESIMPULAN
  
Oleh itu, walaupun wanita diharuskan meletakkan gambarnya diruang yang dilihat oleh bukan mahramnya selagi menutup aurat tetapi sebagai muslimah yang kuat pegangannya dengan Islam dan sifat malunya yang tinggi hendaklah menjaga dari mendedahkan gambarnya tanpa sebab dan tujuan seperti diletakkan gambarnya di blog dan friendster. Terutama yang mempunyai paras rupa yang cantik amatlah dituntut untuk mengelakkan perkara ini. Ini kerana Islam melarang wanita melakukan perkara yang boleh mencairkan hati lelaki dan menimbulkan fitnah. 

Firman Allah swt:“Janganlah para wanita itu menghentak kakinya dengan tujuan supaya orang lelaki mendengar bunyi gelang kakinya sehingga menarik perhatian orang lelaki.” (Sebahgian ayat 30 : an-Nur)

Peringatan: Hendaklah sifat malu ini tidak memilih jenis bangsa dan tempat. Jangan di luar negara (mesir contohnya) mempunyai malu yang tinggi tetapi tidak dimalaysia. Hendaklah sifat malu itu kerana Allah bukannya kerana manusia. Sentiasa mengawasi kita dimana sahaja kita berada.

MALUNYA WANITA TIDAK MENEGAH IA UNTUK KELUAR MENUNTUT ILMU AGAMA

Walaupun Islam menyanjung sifat malu pada wanita tetapi hendaklah sifat malu itu tidak menegah dari dia keluar menuntut ilmu. Kita lihat kesungguhan para wanita di zaman Nabi saw. Abu Sai’id al-Khudri berkata:

“Seorang wanita berjumpa Rasulullah saw dan berkata “Wahai Rasulullah, orang2 lelaki beruntung kerana selalu mendapat tazkirah darimu. Kami minta satu hari untuk kamu khususkan kepada kami bagi menyampaikan ilmu yang telah engkau ajarkan.” 

Lalu Nabi saw menjawab:“Berhimpun pada hari sekian-sekian.”

Kami pun berhimpun pada hari yang telah ditetapkan Nabi dan Nabi saw mengajar mereka apa yang telah ajarkan pada Nabi saw.” (Hr Bukhari dan Muslim – sahih)

Dalam athar ada menyebut:

“Sebaik-baik wanita adalah wanita ansar, sifat malu yang ada pada mereka tidak menghalang mereka bertanya dan mencari ilmu agama.”

Pengajaran: Oleh itu ditempat yang diperlukan , wanita hendaklah berani ke hadapan. Kita lihat zaman Nabi dan para sahabat bagaimana berani Nusaibah ra berjihad menentang musuh, Rafidah al-Aslami merawat orang lelaki yang cedera dalam peperangan, Asma’ bintu Abu bakar yang menghantar makanan pada Nabi dan ayahnya dalam peristiwa hijrah, Khaulah yang menegur Khalifah umar di khalayak ramai dan lain-lain. Jangan menggunakan alasan malu untuk menjauhkan dari kerja-kerja menegakkan Islam. Kerja-kerja ini adalah melibatkan lelaki dan perempuan seperti yang dinyatakan dalam ayat 71 surah at-Taubah.


Nabi Muhammad s.a.w. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis

2] jari kelingking (anak jari)

dan jangan memakai pada jari

1] jari tengah

2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut. a.s.